Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 14 Oktober 2010

Terima Kasih

Terima kasih yang teramat amat sangat kepada seluruh peminat Ayam Serama tak kira dimana juga kita berada,Selama saya mengikuti perkembangan dunia ayam serama ini apa yang saya amati hubungan silatulrahim seolah olah sudah lama terjalin contohnya bila kita menghubungi blogger2 lain berkenaan Ayam serama,cara percakapan dan kemesraan mereka seolah olah kita sudah saling kenal mengenali walhal perhubungan kita sewaktu ini tidak lebih dari sekadar blogger,peminat serama dan hanya perbualan melalui sms atau telepon,Apa yang saya hajati semoga Allah S.W.T  sentiasa memberi kasihatan pada tubuh badan ini agar dapat saya mengunjungi reban reban blogger yang ada diseluruh malaysia suatu hari nanti.Akhir sekali Semoga perhubungan kita akan terus kekal dunia dan akhirat kerana bagi saya selagi ada keikhlasan dalam persahabatan selagi itulah ada keberkatannya!!.....AMIN.....

Selasa, 12 Oktober 2010

AYAM SERAMA WARISAN NEGARA

Kerajaan menimbang mewartakan ayam serama sebagai warisan negara dan ikon Malaysia kerana dilihat berpotensi menembusi pasaran antarabangsa bukan hanya sebagai unggas peliharaan, tetapi hidangan eksotik yang berkhasiat.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Hassan Malek, berkata kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada usaha seumpama itu dan kementerian sendiri turut mempunyai banyak agensi yang memantau industri berpotensi untuk berkembang.
Katanya, bagi memastikan industri ayam serama lebih maju, lebih banyak promosi perlu dijalankan untuk memberi maklumat kepada orang ramai mengenai ayam serama daripada aspek asal usul, cara penjagaan, pemakanan dan sebagainya.
“Industri ini mempunyai tempat di Malaysia. Apa yang diperlukan ialah kerja keras dan promosi berpanjangan,” katanya berucap merasmikan cawangan pertama Kedai Ayam Serama Malaysia di sini, semalam. Pembukaan cawangan itu diuruskan oleh Serama Corporation Sdn Bhd (Serama Corporation).
Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Serama Corporation dengan wakil syarikat China, Guang Zhou Dengjalu International Co Ltd, Dr Liu Ping, bagi mengeksport ayam serama Malaysia ke negara itu bagi tujuan kesihatan....



Copy By Berita Harian..

Isnin, 11 Oktober 2010

Lelaki curi 18 ekor ayam serama RM14,000 ditahan

MUAR 7 Okt. - Biasanya penjenayah mencuri barangan kemas atau barangan berharga, namun lain pula dengan seorang lelaki berusia 30 tahun di sini yang ditahan kerana disyaki mencuri ayam serama.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Salleh dan pemeriksaan yang dijalankan menemui enam ekor ayam serama di rumah itu.
Katanya, polis percaya suspek bertanggungjawab terhadap kehilangan 18 ekor ayam serama yang dianggarkan bernilai RM14,000 dari sebuah rumah di daerah ini, semalam.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan kerana kami percaya suspek ini turut terlibat dalam beberapa kes kehilangan anjing peliharaan di daerah ini," katanya pada sidang akhbar semalam.
Sementara itu, polis yakin dapat menyelesaikan 25 kes pecah rumah di sekitar daerah ini dengan penangkapan seorang lelaki berusia 36 tahun di sebuah rumah di Taman Maharani di sini Ahad lalu.
Suspek yang ditahan pukul 12.40 tengah malam itu dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah di daerah ini sejak November lalu hingga bulan lalu.
Mohamad Nasir berkata, suspek yang amat dikehendaki itu berjaya ditahan dalam serbuan sepasukan polis di rumah berkenaan.
"Selain menahan suspek, kami turut merampas lapan bentuk cincin emas, sebentuk cincin perak, dua pasang anting-anting emas, tiga gelang emas, dua rantai leher emas dan tujuh resit pajak gadai," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek berkenaan adalah antara 12 orang yang berjaya ditahan dalam operasi bersepadu dijalankan di sekitar bandar ini selama dua hari bermula Ahad lalu...



MACAM2 DAH DUNIA NIE SEKARANG NIE!!!hihihihihihihi,,,,,

Khamis, 7 Oktober 2010

TEKNIK PENJAGAAN AYAM SERAMA

TIPS PENJAGAAN SERAMA - Khas buat peminat-peminat baru Ayam Serama
PENJAGAAN AYAM SERAMA

Penjagaan ayam serama adalah merangkumi kesemua faktor yang berkaitan dengan kesihatan dan pengurusan seseekor ayam itu bagi mempastikan ayam itu sentiasa berada didalam keadaan yang baik, sihat & bebas dari segala penyakit.
Terdapat 4 faktor penting dalam penjagaan ayam serama iaitu :
1. Pencegahan penyakit melalui program vaksinasi.
2. Pemberian ubat cacing yang seragam.
3. Program pemakanan yang seimbang.
4. Pengurusan harian.

Pencegahan Penyakit ( Vaksinasi ).
Terdapat 2 jenis penyakit yang paling endemik dan biasa menyerang ayam serama iaitu Penyakit Sampar ( New Castle Disease) dan Penyakit Puru ( FowlPox ). Penyakit - penyakit ini dapat dielakkan dangan pemberian vaksin kepada ayam diperingkat anak lagi.
- Penyakit Sampar ( New Castle Disease )
  Pemberian vaksin ini biasanya adalah secra ubat titisan mata atau titisan pada lubang
  hidung (1 - 2 titisan ).
  Biasanya ia dilakukan pada umur 1 - 7 hari dan diulangi semula pada umur 21 hari dan
  kemuadiannya di teruskan sepanjang hayat ayam serama tersebut.

- Penyakit Puru Ayam ( Fowl Pox )
  Pemberian vaksin adalah secara ( 'wing-web' ) iaitu vaksin dicucuk menggunakan jarum khas
  bermata dua yang dicucukkan dibahagian yang tidak bersalur darah dibahagian penjuru
  kepak.
  Biasanya ianya dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada umur anak ayam seminggu dan
  keatas dan kemuadiannya diulangi sekali lagi pada 5 - 7 minggu kemuadiannya.

Pemberian Ubat Cacing.
Pemberian ubat cacing yang seragam mengikut waktu yang telah ditetapkan adalah penting bagi memastikan ayam serama kita itu bebas dari serangan cacing. Cacing bukan sahaja merosakkan organ dalaman ayam malah ia akan membantutkan tumbersaran anak ayam, mendatangkan stress dan ini akan mendorong kepada terdedah pada penyakit lain.

Antara jenis - jenis cacing yang biasa terdapat pada ayam serama adalah cacing gelang (Ascaridia galli), cacing pita (Raillietina sp.), cacing didalam sekum (Heterakis gallinae), cacing didalam mata (Oxyspirura mansoni) dan cacing dibahagian tekak (Syngamus trachea).

Cara yang terbaik bagi mengawal masalah cacing adalah juga termasuk kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal ayam serama, mengawal hos kedua bagi cacing tersebut seperti kumbang, belalang dan juga cacing tanah.

Masalah yang berkaitan dengan cacingdapat diatasi dengan membina sangkar tinggi daripada tanah kerana dengan cara ini kita dapat menghalang ayam serama daripada najis yang telah tercemar dan penggunaan racun serangga bagi mengawal hos kedua itu tadi.

Antara jenis ubat cacing yang biasa digunakan adalah Piperazine (cacing gelang dan cacing sekum), Tetramisole (cacing gelang) dan Pyrantel tartrate (cacing gelang).

Pemberian ubat cacing adalah secara oral iaitu terus atau semada dicampurkan dengan makanan atau air minuman. Selok eloknya ubat cacing ini diberi sebulan sekali pada peringkat awal dan dikurungkan kepada 3 bulan sekali pada peringkat matang.

Pemakanan yang Seimbang.
Pemakanan yang seimbang adalah bermaksud pemakanan yang lengkap dan mengandungi nutrien penting seperti protien, karbihidrat, fiber, vitamin dan mineral pada kadar yang sepatutnya dan air bersih yang secukupnya.

Makan yang berprotien tinggi adalah diperlukan bagi peringkat anak ayam antara 1-3 bulan bagi mempastikan tumbesaran yang baik.

Kalsium diperlukan terutama untuk ibu ayam yang bertelur dan juga untuk tulang yang kuat.

Ada juga pemilik ayam serama gemar memberi makanan tambahan seperti ulat burung kepada ayam mereka. Ulat adalah salah satu sumber protien tetapi tidak boleh diberi secara berlebihan, dimana bagi anak ayam cukuplah sekadar 2 ekor manakala ayam dewasa sebanyak 5 ekor sehari.

Ayam serama dibanggakan dengan kesenian dan kecantikkannya, jadi sesetengah pemilik ayam serama memberi minyak ikan (pil) untuk mendapatkan bulu yang cantik dan berkilat.

Pengurusan Harian.

Pengurusan harian yang dimaksudkan disini adalah cara pemilik ayam serama itu menguruskan ayamnya dari segi kebersihan persekitaran ayam dan juga ayam itu sendiri.

Pengurusan yang baik ialah dengan adanya sistem sangkar yang tersusun, sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dapat memisahkan ayam dari najisnya.

Bekas makanan dan minuman hendaklah selalu dibersihkan supaya bebas dari kulat.

Ayam juga hendaklah selalu dibelai dan dibersihkan. Mandikan ayam serama seminggu sekali dan gunakan syampu yang sesuai.

serama si raja mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Intan Shameha Abd Razak dari Klinik Haiwan Tropika atas aktikel beliau.