Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 9 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Terlebih dahulu saya minta maaf kepada para sahabat kerana terlalu lewat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua..lebih lebih lagi bila hampir setahun saya menyepi dalam mencoret pandangan mahupun pendapat di blog saya yang tidak seberapa ini!!

Untuk pengetahuan para sahabat blogger sepinya saya diarena serama ini bukanlah kerana kecewa mahupun beralih hobi atau minat pada ayam serama malahan hobi ini seperti sebahagian dari jiwa saya walaupun sekarang saya berada di johor atas urusan tugas selama hampir setahun...

insyaallah kemungkinan 19/08/2011 nie saya akan tamat berkursus di johor dan insyaallah setibanya saya di jerantut pahang saya akan memperkemaskan ayam saya untuk diuploadkan di blog ini....

serta kepada para sahabat semua saya akan aktif semula dalam dunia pemeliharaan ayan serama yang menjadi kebanggaan kita rakyat malaysia...

akhir sekali semoga hobi ini akan menjadi pengerat silatulrahim antara kita...semoga saya dapat bertemu secara bersemuka kepada bloger2 lain kelakkk.....amin....

Khamis, 4 November 2010

Pangeran Surathani ( SOLD to K.L )


Pangeran Surathani kini dibuka untuk jualan!!sekiranya berminat bolehlah menghubungi saya dengan kadar segera di talian 013-9366360,jualan juga dibuka untuk anak anak Pangeran Damak...

Rabu, 3 November 2010

Gambar Anak Pangeran Damak yang diberi nama ''Pangeran Tekong Laut''




Pangeran Tekong laut merupakan anak kepada Pangeran Damak yang ada direban ''SSR''diberi nama Pangeran Tekong Laut kerana antara anak yang ada direban ''SSR'' dialah yg paling galak,harap harap potensi yang ada dengan Pangeran Tekong Laut ini akan bertambah terserlah seiringan dengan usianya..insyaallah..

Selasa, 2 November 2010

Gambar Induk Terbaru yangg ada di reban SSR...Diberi Nama Inai Suri



harap harap induk boleh bertelur!!!seekor jantan  perkasa dan dari keturunan baik baik yang masih dalam urusan jual beli menanti untuk disatukan!!!insyaallah...

gambar terbaru Pangeran Surathani




memandangkan tiada ayam yang baru direban SSR nampaknya si Pangeran Surathani nie ler yang jadi mangsa untuk dimasukkan ke blog nie!!ekor dah ok sikit!!mungkin tak lama lagi akan meletupler ia!!!

Khamis, 14 Oktober 2010

Terima Kasih

Terima kasih yang teramat amat sangat kepada seluruh peminat Ayam Serama tak kira dimana juga kita berada,Selama saya mengikuti perkembangan dunia ayam serama ini apa yang saya amati hubungan silatulrahim seolah olah sudah lama terjalin contohnya bila kita menghubungi blogger2 lain berkenaan Ayam serama,cara percakapan dan kemesraan mereka seolah olah kita sudah saling kenal mengenali walhal perhubungan kita sewaktu ini tidak lebih dari sekadar blogger,peminat serama dan hanya perbualan melalui sms atau telepon,Apa yang saya hajati semoga Allah S.W.T  sentiasa memberi kasihatan pada tubuh badan ini agar dapat saya mengunjungi reban reban blogger yang ada diseluruh malaysia suatu hari nanti.Akhir sekali Semoga perhubungan kita akan terus kekal dunia dan akhirat kerana bagi saya selagi ada keikhlasan dalam persahabatan selagi itulah ada keberkatannya!!.....AMIN.....

Rabu, 13 Oktober 2010

Pangeran Surathani



Pangeran surathani nie bulu meluruh,tp memandangkan tiada gambar ayam nak diuploadkan nampaknya gambar nie pun jadilah,,hihihihihihih....