Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 30 September 2010

Apa Itu Ayam Serama

Ayam terkecil dunia pandai menonjolkan diri dan memikat hati kini mempunyai nilai komersial, tersohor di seluruh dunia
AYAM serama disifatkan sebagai suka menunjuk-nunjuk. Jika ada kamera dan limpahan cahaya lensa, ayam ini segera mengangkat dada dan meluruskan ekor tegak ke atas hingga 90 darjah serta mengibas kedua-dua kepak.

AYAM serama lebih dikenali kerana kecantikan menyebabkan dibela hanya untuk tujuan menyertai pertandingan dan sekadar hobi.
FAKTA: AYAM SERAMA
* Dipercayai berasal dari Kelantan.
* Dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik, termasuk burung hutan.
* Dikatakan nama serama berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana.
* Jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun
* Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa.
* Ciri istimewa adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah
* Mempunyai kira-kira 2,000 warna
* Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya.
* Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.
* Masyarakat Melayu percaya haiwan ini mempunyai khasiat perubatan.
PENILAIAN AYAM SERAMA
* Jenis - Ciri utama ialah kepala melunjur ke belakang, bahagian belakang pendek, kepak menegak dan ekor panjang, penuh dan apabila berkembang, tidak menyentuh balung. Kedudukan tengah mata sama dengan kedudukan tengah kaki ketika berdiri.
* Perwatakan - Kelihatan gagah, berani dan yakin. Lagak suka menonjol seperti berkokok dan suka berdiri.
* Ekor - Saiz besar, menegak dan tinggi. Bulu pelepah ekor utama panjang, melentik di penghujung dan berkembang seperti bentuk V. Lawi (ayam jantan) menegak 90 darjah dan sedikit melentik ke belakang di penghujung.
* Kepak - Ketika berdiri, kepak ayam dalam posisi menegak tetapi sedikit menghala ke belakang. Hujung kepak bersentuhan sedikit dengan lantai.
* Badan - Tegap dan bulat. Dada ayam lebih luas dari bahagian belakang apabila dilihat dari atas. Dari tepi, badan berbentuk V. Belakang ayam pendek dan lebar di bahagian bahu.
* Kaki - Tidak begitu rapat dan selari. Panjang sederhana dan seimbang dengan saiz kepak. Paha berotot dan sederhana panjang. Taji di bahagian tengah betis, keras, kecil dan menghala ke belakang kaki.

Isnin, 27 September 2010

Posting terbaru Pangeran Damak




Apa yang saya amati pada Pangeran Damak ini gaya lonjak dada dan kebas sayap amat kerap ditonjolkan berbanding gaya lain,

Si Kenanga bersama Anak Anaknya dengan Pangeran damak


kelihatan si Kenanga bersama anak anaknya yang baru menetas


masih nak mengeram lagi sebab baru 2 biji jer yang menetas



apalah agaknya nama yang akan diberikan nanti pada anak anak sikenanga nie


bak kata otai otai serama,jangan bergantung sangat atau berharap sangat dengan hasil yg belum pasti,kan nanti frust plak!!!!hihihihihihi









Harap harap dapatlah jadi anak anak ayam nie!!sama samalah kita tunggu hasilnya nanti

Ahad, 26 September 2010

Pangeran Damak dan Si Kenanga



Pangeran Damak,merupakan pembaka yang kini ada direban saya!


sebelumnya Pangeran Damak adalah milik saudara Meng kb,atas persahabatan beliau memberikan saya Pangeran Damak dan Kenanga sebagai kenangan dan tanda persahabatan,apapun terima kasih pada saudara Meng dari Blogger SeramaEvilkkm85.blogspot.com


ini  merupakan gambar Pangeran Damak dan Kenanga ketika masih kecil dan dalam jagaan saudara Meng kb,terkejut juga saudara Meng bila lihat ayam nie membesar..apapun terima kasih pada saudara Meng

                                                                                  

gaya si Damak bila diletak berjauhan dari Kenanga


Kenanga merupakan Indung yang ada buat masa ini,selama bersama dengan Pangeran Damak 9 biji telur telah dihasilkan,namun 4 ekor saja yang hidup,yang lainnya jadi tembelang,nampaknya ilmu dalam ayam serama kena ditimba lagi dari otai otai serama yang jauh lebih berpengalaman...
                                                                           
                                                           

Sabtu, 25 September 2010

BIODATA DIRI......

    Ayah saya memberikan saya nama Raja Haji Bin Ibrahim sewaktu saya dilahirkan di semporna Sabah pada ketika itu,diceritakan kelahiran saya berserta dengan kokokan ayam pada subuh hari di pagi yang hening,mungkin sebab itulah minat saya terhadap Ayam sebati pada diri,
    Sebelum saya berjinak jinak pada Ayam serama ini pernah juga terlibat atau menceburkan diri dalam komuniti peminat ayam laga @ sabung,hihihihihihi,lucu juga dengan situasi yang pernah dilalui,tapi selepas kejadian dan tragedi yang tertentu saya telah menginsafkan diri dan terus tidak lagi bergiat dalam komuniti perlagaan ayam,
    Dikampung kelahiran saya yang merupakan sebuah daerah dipersisiran pantai timur sabah,boleh dikatakan agak sukar untuk mendapatkan ayam serama pada ketika itu,memandangkan pada masa itu sesiapa yang memiliki ayam serama yang hanya dianggap haiwan peliharaan untuk orang2 yang kaya sahaja, mungkin disebabkan itu minat saya atau peluang saya untuk mengenali ayam serama ini terbantut sehinggalah saya berkerja kesemenanjung...
    Jodoh telah ditentukan Allah.... saya bertemu jodoh dengan seorang gadis yang berasal dari kelantan yang secara tidak langsung telah mempertemukan saya dengan peminat peminat serama memandangkan ayam serama sememangnya dilahirkan di negeri tersebut,
    Dijerantut Pahang bukan tiada peminat ayam serama yang pernah saya temui tapi kebanyakan mereka menyepi dari terus memperjuangkan minat yang mungkin telah merundum sebaya dengan usia mereka!!!
    Apa yang penting dalam blog ini tunjuk ajar dan nasihat dari otai otai ayam serama yang lebih berpengalaman diperlukan untuk terus membimbing saya dalam mempelajari seni ayam serama ini...

SERAMA OH SERAMA

Pada mulanya minat saya tertarik oleh kecantikan dan kunikan ayam Serama ini ini apabila saya berkunjung kereban saudara din di pantai sabak kota bahru,dalam pertemuan saya dengan beliau dia telah memberikan saya sepasang ayam sebagai tanda persahabatan darinya,,


ini merupakan ayam yang diberikan beliau,walaupun banyak kelemahannya dari segi warna,balung,lawi ekor,kaki dan gaya namun saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana melayan saya walaupun itu baru pertemuan yang pertama kali,harap persaudaraan itu sentiasa kekal dunia dan akhirat.

Tunjuk Ajar

                                    

Salam perkenalan dan salam hormat dari saya Serama Raja,

pertama sekali maaf dipohonkan sekiranya blog ini banyak kekurangannya,almaklumlah saya baru saja berjinak jinak dengan ayam Serama yang bagi saya semakin ada tempat dihati rakyat Malaysia,apa yang penting tunjuk ajar dan nasihat dari blogger ayam serama yang lain untuk membantu saya dalam mendalami ilmu dalam teknik penjagaan,breading dan cara pemilihan baka,serta apa yang penting sekali keakraban dan persaudaraan yang ada dalam peminat peminat ayam serama dimalaysia.....akhir sekali sama samalah kita membantu menaikan semula martabat ayam serama agar gah seperti dahulu......



suka sangat tengok ayam warna macam nie