Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 25 September 2010

BIODATA DIRI......

    Ayah saya memberikan saya nama Raja Haji Bin Ibrahim sewaktu saya dilahirkan di semporna Sabah pada ketika itu,diceritakan kelahiran saya berserta dengan kokokan ayam pada subuh hari di pagi yang hening,mungkin sebab itulah minat saya terhadap Ayam sebati pada diri,
    Sebelum saya berjinak jinak pada Ayam serama ini pernah juga terlibat atau menceburkan diri dalam komuniti peminat ayam laga @ sabung,hihihihihihi,lucu juga dengan situasi yang pernah dilalui,tapi selepas kejadian dan tragedi yang tertentu saya telah menginsafkan diri dan terus tidak lagi bergiat dalam komuniti perlagaan ayam,
    Dikampung kelahiran saya yang merupakan sebuah daerah dipersisiran pantai timur sabah,boleh dikatakan agak sukar untuk mendapatkan ayam serama pada ketika itu,memandangkan pada masa itu sesiapa yang memiliki ayam serama yang hanya dianggap haiwan peliharaan untuk orang2 yang kaya sahaja, mungkin disebabkan itu minat saya atau peluang saya untuk mengenali ayam serama ini terbantut sehinggalah saya berkerja kesemenanjung...
    Jodoh telah ditentukan Allah.... saya bertemu jodoh dengan seorang gadis yang berasal dari kelantan yang secara tidak langsung telah mempertemukan saya dengan peminat peminat serama memandangkan ayam serama sememangnya dilahirkan di negeri tersebut,
    Dijerantut Pahang bukan tiada peminat ayam serama yang pernah saya temui tapi kebanyakan mereka menyepi dari terus memperjuangkan minat yang mungkin telah merundum sebaya dengan usia mereka!!!
    Apa yang penting dalam blog ini tunjuk ajar dan nasihat dari otai otai ayam serama yang lebih berpengalaman diperlukan untuk terus membimbing saya dalam mempelajari seni ayam serama ini...

2 ulasan:

  1. Tahniah...blog ayam serama bagi negeri pahang..(rasanya) Nanti boleh gi reban serama raja..(kalau kasilah)

    BalasPadam
  2. boleh saja,berkunjunglah tapi ayam direban saya tak banyak lagi,apa yg penting persahabatan dan persaudaraan yang dicari dlm peminat peminat ayam serama demi memertabatkan semula ayam serama,sama samalah kita menaikkan ayam serama seperti dizaman kegemilangannya dulu,,,,

    BalasPadam