Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 12 Oktober 2010

AYAM SERAMA WARISAN NEGARA

Kerajaan menimbang mewartakan ayam serama sebagai warisan negara dan ikon Malaysia kerana dilihat berpotensi menembusi pasaran antarabangsa bukan hanya sebagai unggas peliharaan, tetapi hidangan eksotik yang berkhasiat.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Hassan Malek, berkata kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada usaha seumpama itu dan kementerian sendiri turut mempunyai banyak agensi yang memantau industri berpotensi untuk berkembang.
Katanya, bagi memastikan industri ayam serama lebih maju, lebih banyak promosi perlu dijalankan untuk memberi maklumat kepada orang ramai mengenai ayam serama daripada aspek asal usul, cara penjagaan, pemakanan dan sebagainya.
“Industri ini mempunyai tempat di Malaysia. Apa yang diperlukan ialah kerja keras dan promosi berpanjangan,” katanya berucap merasmikan cawangan pertama Kedai Ayam Serama Malaysia di sini, semalam. Pembukaan cawangan itu diuruskan oleh Serama Corporation Sdn Bhd (Serama Corporation).
Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Serama Corporation dengan wakil syarikat China, Guang Zhou Dengjalu International Co Ltd, Dr Liu Ping, bagi mengeksport ayam serama Malaysia ke negara itu bagi tujuan kesihatan....



Copy By Berita Harian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan