Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 11 Oktober 2010

Lelaki curi 18 ekor ayam serama RM14,000 ditahan

MUAR 7 Okt. - Biasanya penjenayah mencuri barangan kemas atau barangan berharga, namun lain pula dengan seorang lelaki berusia 30 tahun di sini yang ditahan kerana disyaki mencuri ayam serama.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Salleh dan pemeriksaan yang dijalankan menemui enam ekor ayam serama di rumah itu.
Katanya, polis percaya suspek bertanggungjawab terhadap kehilangan 18 ekor ayam serama yang dianggarkan bernilai RM14,000 dari sebuah rumah di daerah ini, semalam.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan kerana kami percaya suspek ini turut terlibat dalam beberapa kes kehilangan anjing peliharaan di daerah ini," katanya pada sidang akhbar semalam.
Sementara itu, polis yakin dapat menyelesaikan 25 kes pecah rumah di sekitar daerah ini dengan penangkapan seorang lelaki berusia 36 tahun di sebuah rumah di Taman Maharani di sini Ahad lalu.
Suspek yang ditahan pukul 12.40 tengah malam itu dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah di daerah ini sejak November lalu hingga bulan lalu.
Mohamad Nasir berkata, suspek yang amat dikehendaki itu berjaya ditahan dalam serbuan sepasukan polis di rumah berkenaan.
"Selain menahan suspek, kami turut merampas lapan bentuk cincin emas, sebentuk cincin perak, dua pasang anting-anting emas, tiga gelang emas, dua rantai leher emas dan tujuh resit pajak gadai," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek berkenaan adalah antara 12 orang yang berjaya ditahan dalam operasi bersepadu dijalankan di sekitar bandar ini selama dua hari bermula Ahad lalu...



MACAM2 DAH DUNIA NIE SEKARANG NIE!!!hihihihihihihi,,,,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan